Friday, June 16, 2017

Sejarah Penubuhan Surau Al-Firdausi SKUJ



      Idea dan cetusan idea bagi membina sebuah surau bagi kemudahan tempat ibadah bagi warga SK LKTP Ulu Jempul di cetuskan di awal tahun 1996. Barisan Jawatankuasa PIBG yang diterajui oleh Setiausaha ketika itu Encik Yusri bin Asmara telah merancang satu kertas kerja bagi mengerakkan pembinaan surau sekolah.

      Akhirnya Surau Al Firdausi SK (LKTP) Ulu Jempol mula dibina pada penghujung tahun 1997. Majlis pecah tanah dan penandaan arah kiblat telah disempurnakan oleh Datuk Adnan Bin Yaacob yang ketika itu merupakan Exco dakwah Negeri Pahang. Ustaz Mat Isa Bin Rashid merupakan Guru Besar yang bertanggungjawab dalam pembinaan surau ini bersama sama dengan YDP PIBG Encik Razak Bin Alang dan setiausaha PIBG Encik Osman Bin Mamat.

      Surau ini telah digunakan secara rasminya pada tahun 2000. Kos pembinaan surau adalah sebanyak RM60 000. Ini adalah hasil kutipan derma daripada MUIP, Adun Chenor, PIBG, komuniti dan sumbangan daripada sekolah berhampiran.

      Surau ini berkeluasan 1200kps. Keadaan surau ini sentiasa ditambah baik untuk keselesaan guru dan murid murid menunaikan solat fardu dan solat sunat. Selain itu,surau ini turut digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran,tasmik,ceramah agama dan tazkirah Jumaat.

Ahlan wa Sahlan Panel Penilai ASAMP

Seluruh warga SK LKTP Ulu Jempol amat berbesar hati menerima kunjungan panel penilai ASAMP yang dijadualkan pada 2hb Ogos 2017. Semoga ki...